Sunday, October 7, 2012

Happy Sunday

Hari ini ada masa terluang..sendiri bersama baby..Hari yang sungguh tenang dan dapat menikmati tiupan angin dari tingkap rumah..sungguh kuat..tak perlu aircon atau kipas..dah lama mahukan suasana tenang dan masa untuk berblog begini.



ruang ni untuk minum dan berinternet..sebab dari tingkap ini udara dari luar sangat kuat dan terasa sejuk..sejuk asli..

Hari ni ingin berkongsikan small garden..










bunganya tak banyak,sebab tempat terhad. Ruang laman dikelilingi dengan simen..kenapa?persoalan yang perlu dijawab..sebelah rumah ini ada satu tanah lapang kepunyaan seorang cina..kalau sekadar tanah lapang sahaja tak apa..tapi dipenuhi lalang.Jadinya..dah tau kan?kalau tak simen..alamat asyik nak kena potong lalang memanjang.,


tengokla,terbukti lalang baru tumbuh kembali..sudah banyak kali dipotong..berpuluh kali dan beratus kali..selagi tak dibina rumah..selagi itu kami punya masalah lalang yang tumbuh.

Ok, sebenarnya mahu mencantikan lagi small garden ni..biar lebih terurus dan kemas..untuk bersantai di waktu petang sambil minum tea..erm..tunggu ya!

0 comments: