Friday, December 28, 2012

Post di blog saja

Lama tak menulis..oh ya..sebelum ni selalu sangat berFB. Rasanya mahu stop dari fb buat masa sekarang. Bukan bermaksud kita ni manusia sombong. Tapi mahu mengurangkan masa2 terbuang begitu sahaja. Kalau lah manusia sombong, sudah pasti orang yang sombong itu tak akan klik dan add ramai kawan2 baru kan?Bertukar2 pendapat dan berkenalan dengan ramai kawan2 yang mempunyai minat yang sama dalam deco2 yang romantik ni kan?


Kali ini saya mahu berceloteh sedikit, disebabkan satu orang sahaja, menjadikan saya tak berminat lagi post aktiviti kat fb. Saya memang minat sangat2 dalam deco english ni..Jadi tersangat happy bila add rakan fb baru..banyak koleksi2 mereka yang saya juga berminat...yang paling best dapat beli online...


Nak tengok koleksi saya yang beli online? ok...tengok ni...
Ini koleksi yang dibeli online dari Uk store...thanks uk store..moga bisnes maju jaya...bertambah rezeki lagi..Amin...




banyak lagi gambar..tapi belum di ambil...nanti ya... Bagi saya...suka sangat brg2 ini..Kita, bila kehidupan seharian ni sama saja...kekadang macam boring...jadi, rasanya, tak salah kita kumpul barang2 ini sebagai hobi..kadang bila tengok barang2 yang kita minat ni depan mata...haaaaahh...terasa HAPPY...kan?


Kalau boleh...saya memang tak suka bercerita pasal orang di laman yang selalu buat saya happy ini...Tapi kan...(selingan sikit)...diri kita ni tak pernah diundang dan dijemput....tapi kita yang rela hati serah diri...dan keluar sendiri atas pendapat dan kemahuan rakan partner kita sendiri...apa pendapat anda..nak ikut pandangan dan cadangan suami atau nak buat keputusan sendiri?Kalau cadangan dia sudah lama...dan bila dibuat kajian WHY?....HOW N WHEN?...kalau pendapat suami sendiri ada betulnya...sudah pasti seorang isteri kena ikut kan?


Ada yg menuding jari semata2...'manusia sombong, jijik'...ada juga tu tambahan kalau tak beriman rumah panas...kena pasang aircon....saya tak tau mana yang diri seorang itu nampak...mengatakan diri sendiri beriman...menjadikan rumah mereka sejuk. "ala..rumah orang beriman, memangla sejuk" Ini hasil perkataan dari mulut seorang itu sendiri...sebab saya jenis yang record segala kata2 orang, dan kemungkinan orang itu tak pernah perasan apa yang terkeluar dari mulut sendiri?

Persoalannya..kalau betul2 beriman...tak akan mengutuk ipar sendiri...yang itu tak nak keja la....yang lain pulak perangai begitu...begini...lama dah ni...saya hanya melihat...tuhan balas dunia saja...memang sudah terbalas pun..tapi kenapa kalau ada manusia sebegini masih tidak ada muhasabah diri ya? Atau tak perasan kata2 yg pernah keluar dari mulutnya sendiri? dan tak menyedari balasan tuhan itu yang sudah terbalas pada diri sendiri?

Saya pun tak paham..kalau tak kutuk orang agaknya tak tenteram hidup dia...Bila orang start mengata..yes...baru saya mahu menulis juga..ikutkan, saya tak nak sebut pasal perkara2 mcm ini. Tapi, bila ada yang mengeji kita...ya Allah...saya tak cakap yang diri saya baik..tapi,mungkin orang di sana berasakan diri dia yang terbaik?


Ini semua pengajaran tuhan pada seorang untuk dijadikan pedoman dan pengajaran hidup buat saya yang melihat...Moralnya...tak perlu banyak2 cakap...cakap2 yang banyak tanpa bertapis boleh menambah dosa sahaja. Saya memang nak bercakap pasal deco2 sahaja lah....Lagipun boleh buat saya happy selalu.. Semakin orang mengata saya...Alhamdulillah...rezeki kami makin bertambah...tak pernah lekang dari mulut saya Syukur Alhamdulilah!

Thursday, October 18, 2012

Besi buruk untuk dijual

Pagar ni mahu dijual. Sangat besar panjangnya 12Kaki lebih. Dan tingginya 6Kaki lebih. Siapa ya berminat untuk beli? Contact saya melalui phone 019 - 2209828

Minum petang

Minum petang bersama tea 'o' dan cheese cake ditemani dengan portmeirion botanic garden hari ini...ermmm...yummy...


Ada sesiapa sukakan cheese cake?






Saturday, October 13, 2012

Cepatnya waktu

Cepatnya masa berlalu. Sudah seminggu..rasanya baru saja hari ahad..esok ahad lagi...Sambil mendengar alunan mengaji dari masjid penjara sungai Jelok,...dah nak masuk waktu asar ni....jelas sebutannya...teringatkan waktu berapa di tanah suci ...ketika berada Di Mekah dan Madinah....Indahnya. Teringin ke sana lagi...lebih bermakna jika dapat membawa kedua ibu Dan bapa seperti sebelum ini. Harap, berdoa moga dimurahkan lagi rezeki Kami boleh-Nya.


Mahu berkongsi..suka colour putih..sdikit ruang bilik yang simple..gmbar diambil tadi, sebelum landing untuk berFb.











Pandangan dari atas bilik. Jiran yang sangat baik. walau berlainan bangsa. Setiap kali bersalin atau raya ada saja buah tangan darinya.






Frame gambar ni asalnya colour coklat. Tapi sudah tukar dengan old white colour




Ruang bilik anak perempuan

Wednesday, October 10, 2012

Collectibles

Semua koleksi ini untuk dijual..ada yang berminat?


Plate ni masih ada 3 lagi..

plate



Postcard



Postcard











Microwave

SAS E123 Seperti baru,kerana guna tak sampai 10 kali..hanya grill ayam..sebenarnya (malu nak cakap)..tak pandai guna..hehehe..ada satu lagi..jadi,ada dua..let go ajer yang ni. Yang satu lg simple aje..pandai guna. Maklumla,..bakar membakar bukan bidang Dan tak pakar.







masih berkeadaan elok dan ada ruang untuk masukkan air, 







Sunday, October 7, 2012

Mahu jual








Set meja makan ni mahu jual.Dengan harga yang murah saja RM300 (nego). Harga tak termasuk transport ya..sebenarnya ada 2 set meja makan. Nak buat apa banyak2..jadi,sesiapa berminat boleh email pada ayzacollection@gmail.com  atau sms/call : 019-2209828






Ini kerusi yang dah lama dalam simpanan. Memang nak let go aje, tapi tak berkesempatan nak upload gambar kat blog. Harga satu RM80. Kalau beli dua tu, harga boleh kurang.



Dua frame bunga ni juga mahu dijual. Harganya tak termasuk transport RM150 satu. Kalau nak ambil dua2, harga boleh kurang.


Ada yang berminat? Seperti kat atas tadi, boleh email pada ayzacollection@gmail.com atau sms/call terus pada 019-2209828.




Ok thank you! ♥ English deco

Happy Sunday

Hari ini ada masa terluang..sendiri bersama baby..Hari yang sungguh tenang dan dapat menikmati tiupan angin dari tingkap rumah..sungguh kuat..tak perlu aircon atau kipas..dah lama mahukan suasana tenang dan masa untuk berblog begini.



ruang ni untuk minum dan berinternet..sebab dari tingkap ini udara dari luar sangat kuat dan terasa sejuk..sejuk asli..

Hari ni ingin berkongsikan small garden..










bunganya tak banyak,sebab tempat terhad. Ruang laman dikelilingi dengan simen..kenapa?persoalan yang perlu dijawab..sebelah rumah ini ada satu tanah lapang kepunyaan seorang cina..kalau sekadar tanah lapang sahaja tak apa..tapi dipenuhi lalang.Jadinya..dah tau kan?kalau tak simen..alamat asyik nak kena potong lalang memanjang.,


tengokla,terbukti lalang baru tumbuh kembali..sudah banyak kali dipotong..berpuluh kali dan beratus kali..selagi tak dibina rumah..selagi itu kami punya masalah lalang yang tumbuh.

Ok, sebenarnya mahu mencantikan lagi small garden ni..biar lebih terurus dan kemas..untuk bersantai di waktu petang sambil minum tea..erm..tunggu ya!

Monday, October 1, 2012

welsh dresser

Welsh dresser ni dapat hasil pencarian dalam mudah..sebenarnya cari kabinet untuk majalah2 lama..tapi..bila tgok2 memang cantik..dari ukshoppe2u juga...tapi kan,kalau Di make up dengan color lain yang lebih cerah pasti .lagi cantik.

Tapi itu nanti dulu. Kalau ada masa2 terluang,anak2 tak kacau..bolehla..



Yang Di bawah pula botanic garden juga dapat hasil pencarian dalam internet.mana la blog yang ada jual kat malaysia ni. Distributor portmeirion ni kat Great Eastern Mall..tak banyak n mahal...ni yang second..dapat dari blog kak Mimi.beautiful pottery. Dapat juga ke sana dengan bawa anak kecik2 ni..bila la nak dapat maid ni. Senang nak bergerak .

coffee table

coffee table ni baru aje dapatkan dari dataran mentari..ukshoppe2u..ingatkan dapat jumpa
kak amy..baru dapat update gambar. satu lagi..w.dresser..belum sempat ambil gambar.Maklumla sibuk dengan anak2 yang sedang lasak..malam2 ingat nak berblog..tapi,xsedar..tertidur...penat sangat..

oh ya..pada kak amy..harap2 by end of october ni ada yang menarik barang2 yang sampai nanti ya..

Wednesday, July 4, 2012

Setahun sekali..

Setahun sekali baru update blog ni..teruk betul..macam busy sesangat jer...mana taknya, asyik mengandung..bersalin..tahun depannya mengandung lagi...dan bersalin...ooohhhh...dah penat dah...cukup la sampai di sini sahaja.4 orang dah cukup!...Penat dah..2007 sorang...2008 sorang...dot..dot...2011 sorang..dan baru ni..2012 sorang..cukup dengan 2pasang..2 lelaki dan 2 perempuan.

Haru Biru rumah...dengan karenah mereka..asyik nak maaaain ajer.pergi mana-mana...hahaha...tuhan ajer yang tahu...cepatla dapat maid semula....yang ada sebelum ni dah berhenti.Bukan banyak pun kerja kat rumah ni...masak tak payah...basuh baju tak payah...gosok baju..tak payah...bak kata yang berkaitan baju-baju ni tak perlu buat....cuma sapu dan cuci lantai mesti!..dan jaga anak-anak yang paling penting. Tak la sangat membebankan kan?

Kalau bab masak tak perlu buat, sebab I ni jenis tak suka orang lain guna dapur I...kalau family datang tu guna la...sebabnya...tak suka..kain untuk lap tangan, diguna untuk lap pinggan....kain-kain kita gunakan untuk lap pinggan pulak,digunakan untuk lap meja la..dapur la....haaabis hitam jadinya. Tisu sudah disediakan untuk itu semua...sudah pakai...buang ajer...kan senang..



Wet Kitchen


Selalu Breakfast di ruangan ini ajer


Banyak celoteh pulak kali ni...baru habis pantang...3 Julai 2012 baru ni cukup 44 hari...dah merdeka la kiranya ni...hhuuuhh..banyak benda nak buat...bila bibik baru nak dapat ni..baru ni bibik kejap ajer...dah berhenti...I nak yang paling penting sekali jaga anak-anak, kalau I nak keluar. Harap-harap dalam bulan puasa ni ada yang baru seperti yang dijanjikan kepada kami...


Tak ada apa nak update....jadi ni ada sedikit koleksi. Dibeli di Kelantan bulan tiga...Selalu ke Kelantan dan sangat suka ke sana...Seronok tengok orang sana suka dan rajin bisnes.Tak kira perempuan ataupun lelaki..kira golongan dan rakyat Kelantan memang rajin. Rajin cari duiiitt...Walau mereka kerja sekalipun..makan gaji...kebanyakkan dari mereka tetap mahu buat bisnes juga. Contoh client masa di Kelantan...Doktor Herman...kerja di Melaka...bisnes di Kelantan ayahnya yang jaga. Laundry...Coin Operated di Kolej.

Set ni hubby yang pilih...bunganya cantik juga.Tapi..masih banyak lagi mahu dibeli. Masih belum mencukupi.


Satu lagi bunga ni..cantik..dan murah sangat...banyak lagi yang diborong...hehehe..nasib baik husband ni memang kaki shopping juga...apa lagi...ambik ajer la apa yang nak,betul tak?...hehehe..














Ni..ruangan yang mahu diisikan dengan barangan yang masih belum sampai-sampai lagi ni...nampak gayanya gambar dua tu kena dialihkan nih...